Posts

Showing posts from September, 2018

BBM3410/18: Perjalanan Kuliah Minggu Kedua

Image
Assalamualaikum dan hai semuanya.. Pada minggu ketiga, saya dan rakan sekalas yang lain telah belajar tentang gambar. Hasil daripada penerangan yang profesor bagi, saya dapat mengetahui enam cara untuk mengambil gambar. Antaranya ialah mug shot, long shot, medium shot, potret dan bird's eye view. Berdasarkan teknik yang telah diajar, kami telah diberikan tugasan untuk mengambil tiga gambar bagi setiap teknik yang telah diajar. Pada minggu kedua juga, Pesta Makanan Tradisional telah berlangsung di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Oleh yang demikian, kami telah ditugaskan sekali lagi untuk mengambil 10 gambar semasa pesta tersebut dan memasukkannya ke laman sosial instagram. Sememangnya, aktiviti ini amat menyeronokkan.               Sekian dan terima kasih kerana membaca..

BBM3410/18: Perjalanan Kuliah Minggu Pertama

Pada minggu pertama, saya dan rakan sekelas yang lain telah memasuki kuliah pertama bersama Profesor Dr. Normaliza Abd Rahim. Saya dan rakan sekelas yang lain telah berkenalan dengan prof dan pembantunya. Dalam kuliah ini juga, saya   didedahkan dengan rangka kursus bagi semester ini. Selain itu, kami dikehendaki memecahkan kumpulan bagi pembahagian kelas amali.

BBM3410/18: Salam Perkenalan

Image
  Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam Malaysia baru.   Nama saya Erwan bin Abd Rahman. Saya berumur 23 tahun dan berasal dari negeri di bawah bayu (sabah). Kini, saya sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysiaa. Saya mengambil jurusan Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) dan sekarang berada di tahun akhir dan sekiranya tiada halangan bakal bergraduat pada tahun 2019. Amin. Saya merupakan salah seorang pelatih Kor Suksis UPM dan memegang jawatan sebagai Presiden Majlis Tertinggi kor Suksis UPM. Saya seorang yang aktif bersukan dan merupakan atlit UPM dalam sukan Bola Tampar.   Terima kasih kerana membaca..