Posts

Showing posts from November, 2018

BBM3410/18 Buat Kelendar Menggunakan Photoshop

Assalamualaikum dan hai semuanya.. Haaa.. kali ni Awan nak kongsi pula dengan anda semua tentang cara membuat kelendar dengan menggunakan photoshop. Sebelum tu, saja la nak bagitau dengan anda semua yang bukan senang Awan nak kongsi ni. banyak dugaan yang perlu Awan tempuhi.. dah lah semalam buat video 1 layer, petang tadi pula 2 layer. lepas tu kan Awan baru lepas Taklimat Kem Pemantapan Organisasi (KPO) ni. Sedang nak update blog, Internet pula tak boleh bawa bincang. Awan terpaksa guna komputer kawan untuk upload video ni. Tidak cukup dengan itu, Komputer kawan pula buat hal.. Terpaksalah Awan berjalan kaki tengah-tengah malam buta ni ke Kafe semata-mata nak kongsi dengan korang semua video ni. Oleh itu, tonton video ni sampai selesai okay... KLIK LINK DI BAWAH INI!!! cara membuat kelendar menggunakan photoshop

BBM3410/18 Tak Cukup Sekali, Kena Berkali-kali

Image
      Assalamualaikum dan hai semuanya.. Sebelum tu, Awan nak ucap terima kasih kepada korang semua sebab tak jemu-jemu baca cerita-cerita Awan.. hahah.. Tak jemu kan.. Awan nak kongsi satu lagi pengalaman yang Awan tetpaksa hadapi minggu ni.. Ingat lagi kan tentang taknik merakam video yang Awan dah kongsi dengan korang semua tu.. Tau tak video pertama kami kena reject bulat-bulat oleh Prof Dr N.. Aduhhh.. Bila Prof cakap yang kami kena buat video lain, rasa Awan nak mendung dan berarak membawa air hujan untuk dicurahkan di bumi Serdang.. Biar banjir!!!!!! Hahahahaha..    Perrhhhh... Acah-acah Sasterawan pula. Nak pendekkan cerita.. Kami buat la video tu sekali lagi. Harap-harap kali ni memang menjadi lah. Tapi kan, dalam masa yang sama kami kena rakam satu lagi video untuk tugasan baru pula.. Kami dah rakam video yang bertemakan sedih tu, tapi kan.. Salah lagi.. Wakakaka.. memang kena buat berkali-kali ke weh. Dah la ada berlambak lagi tugasan subjek lain.. Alha

BBM3410/18 Burung Tweet-Tweet

Image
  Assalamualaikum dan hai semuanya.. Dengan hati yang penuh redho, Awan nak kongsi dengan korang semua tentang satu burung ajaib ni.. Burung ni kan hampir semua dah ada sekarang.. Burung ni selain boleh gembirakan hati orang, burung ni juga bole huru-harakan orang.. Sebab, burung ni ikut arahan tuan dia je. Ringkasnya, kalau tuan dia suruh hebahkan perkara baik atau buruk.. Fuhhhh... Sekelip mata je 1 dunia boleh tahu ... Dah... dah... Dah macam cerita sinetron Indonesia la pula.. Magic sangat..hahah. Burung yang Awan maksudkan tu, bukanlah burung makhluk ajaib tu.. Tapi, satu aplikasi moden yang rata-rata telah dimiliki oleh majoriti manusia global.. Nama aplikasi ni TWEETER.. Memang setiap perkara ada baik dan buruknya.. Sama la juga dengan aplikasi ni.. Oleh itu, gunalah aplikasi ni dengan sebaik-baiknya.. Contohilah anak-anak didik Prof Dr N, semua baik-baik.. lebih-lebih lagi Si Awan Ganteng tu.. hahah Korang!!! Awan dah ada tweeter tau.. Jadi jangan nak kata yang Aw

BBM3410/18 video one shot 2 layer

Image
      Assalamualaikum dan semuanya.. Selain daripada video 1 shot 1 layer. Hari ni Awan telah belajar satu lagi taknik merakam video iaitu 1 shot 2 layer.. Bak kata orang putih, "Apa ke halnya berlayer-layer ni".. Memang banyak layer Guys.. Dengar cerita lepas ni ada 3 layer pula. Silakan Prof. Bagi la sampai 10 layer sekali pun. Kami redho... Sebenarnya kan, video 1 shot 2 layer ni konsep dia senang je.. klau sebelum ni kita duk miming je dalam video 1 layer tu, kali ni kita kena buat dua.. Maksudnya, miming dan berlakon sekali.. Haaaaaa... Lagi la Awan suka, Bakat Awan kan berguni-guni ni.. Kalau tak keluarkan sikit, berselerak laaa kat tepi-tepi jalan nanti... Baiklah, kami dah sebulat suara nak pilih lagu sedih-sedih kali ni.. saja nak bagi Prof Dr N meleleh air mata.. Padan muka.. hahahha Sekian dan terima kasih kerana membaca.. #AkanKuPastikanBeliauMenangis

BBM3410/18 Sukan Interskuad

Image
Assalamualaikum dan hai semua.. Bak kata YB Syed Saddiq, "Majulah Sukan Untuk Negara".. Oleh itu, Awan nak kongsi cerita pasal sukan Interskuad SUKSIS UPM ni.. Sebelum tu, nak bagitau yang tujuan sukan ni dibuat untuk eratkan hubungan antara semua skuad dan untuk mencari wakil SUKSIS UPM untuk ke Sukan SUKSIS Zon Tengah tahun depan.. Waaahhh.. Dah siap sedia awal-awal. Kalau kalah juga tak tau la..     Awan sebenarnya aktif sukan juga tau.. Awan sebenarnya atlit Bola Tampar UPM.. Wahhhhh... dah bagtau kan Awan buka biase-biase.. Ringkasnya, Awan masuklah sukan Bola Tampar dalam Interskuad punya sukan ni.. Syukur Skuad Awan menang untuk bola tampar je lah.. Untuk keseluruhan, skuad Awan dapat nombor dua. Kalah oleh skuad junior..     Nak bagitau juga, masa Sukan ni kan.. Skuad Awan gaduh dengan Skuad Junior masa lawan Futsal Lelaki.. Masing-masing main kasar.. Tapi tak teruk lah.. sempat juga Jurulatih tenangkan keadaan.. Korang semua, jangan gaduh-gad

BBM3410/18 Seksa Maha Dasyat

Image
Assalamualaikum dan hai semuanya.. Pada kesempatan kali ini, Awan nak kongsi pengalaman Awan semasa menghadiri Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) di Hutan Semenyih. Kem kali ni memang sangat dasyat ujiannya. Memang sakit seksanya. Emosi, Mental dan fizikal memang kena kental. dah lah Awan baru kehilangan Arwah Nenek tersayang... Walaupun Awan berada di Sabah masa hari pertama kem ni, Awan terpaksa terbang kembali ke Semenanjung untuk hadiri kem ni. Kem ni kem wajib, kalau tak datang, Awan tak boleh tauliah. Ringkasnya, Rm 700 lebih jugalah duit Awan terbang untuk beli tiket kapal terbang ni.         Nak jadikan cerita, pada hari pertama Awan lapor diri, Awan dah dilantik sebagai ketua Skuad Kem. Sebabnya, ketua kena bergilir-gilir. Bila jadi ketua ni, kita mesti pandai memimpin, semua kesalahan masa kem tu ketua yang akan tanggung dulu. Pada pukul 1 pagi, Awan dikejutkan untuk datang ke teratak PUAKA jurulatih. Masuk je dalam teratak tu, Awan diarahkan untukn nyayi lagu Enj

BBM3410/18 Cuti Derita

Image
      Assalamualaikum dan hai semuanya.. Kali ni Awan nak tukar mood korang semua tau. Awan ada perkhabaran sedih nak kongsi ni. Pada hari pertama cuti midsem hari tu kan. Sepatutnya Awan akan masuk hutan untuk sertai Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) di Hutan Semenyih. Tapi, pada waktu subuh hari tu, Pak Cik Awan Call, ingat dia saja kejutkan Awan untuk solat subuh ke apa. Rupa-rupanya, Dia bawa khabar yang nenek Kesayangan Awan telah pergi jauh. Perginya pula memang takkan kembali. Awan terkejut sampai tak terkata apa-apa. Awan sedih, sedih sampai keluarkan air mata.. Lepas tu, Awan cuba tegok tiket online nak balik Sabah. Semua dah tutup.. Kalau nak beli tiket emergency, kenalah beli di kaunter mana-mana syarikat penerbangan. Tanpa buang masa, Awan bersiap dan cuba tempah Grab Car. Alhamdulillah dapat. Awan teruslah bergegas ke KLIA 2. Sepanjang perjalanan Awan nangis. Tapi sembunyi-sembunyi lah. Tak nak lah buat Pak Cik Grab tu hairan. Sampai je dekat Klia 2 Awan terus

BBM3410/18 Medan Indonesia

Image
      Assalamulaikum dan hai semuanya..  Waduh-waduh.. Kok capek banget sih hari ni.. Laperr dong.. hahahahha.. terbawa-bawa pula mood-mood negara seberang ni.. Dah.. Dah.. Awan nak kongsi pengalaman Awan di Medan ni..  Okay... sampai je kami dekat Medan, kami terus dibawa ke Universitas Sumatera Utara.. Sebab semua aktiviti kena buat dekat sini. FIRST IMPRESSION? Awek kat sini cun melecun guys.. peramah pula tu.. Tujuan sebenar kami buat program ni sebenarnya nak perkenalkan Kor SUKSIS dekat Indonesia sambil-sambil eratkan lagi hubungan dua negara yang semakin hari semakin dingin ni.. hahah.. Selesai je dengan program rasmi, kami berpeluang dibawa berjalan-jalan dekat tempat-tempat menarik di sini.. SUMPAH!! Cantik.. Indah.. Damai... Awan sarankan kepada semua untuk datang ke Medan.. Sekian dan terima kasih kerana membaca.. #ProfBilaNakKeMedan? #AsyikKeNegaraJauhJe

BBM3410/18 Kegigihan Tiada Tandingan

Assalamualaikum dan hai semua.. Kali ni kan, Awan nak kongsi dengan korang semua tentang satu lagi pengalaman hidup Awan.. Banyak sangat la pengalaman kan.. memang banyak!! Tak banyak pun kena banyakkan.. Prof Dr N suruh belajar REDHO..  Minggu ni Awan akan ke Medan Indonesia untuk Program Mobiliti Pelajar.. Oleh itu, Awan kena selesaikan semua tugasan minggu depannya.. Mula-mula tu kan, Awan murung juga la memikirkan semua tugasan tu.. tapi disebabkan REDHO dalam sanubari Awan dah menebal, Awan gigih siapkan.. Selain buat persediaan sebagai pembentang utama dekat Indonesia nanti, Awan kena siapkan tugasan Dr. Noras , Dr. Jamayah, dan Dr. Syaril.. Dah la tugasan yang diberi tu semua pelik-pelik.. hahhaa.. layan je laaa... hahah. Alhamdulillah semua tugasan selesai Awan siapkan.. Sekian dan terima kasih kerana membaca.. #DrNorasLaksa #DrJamayahGarangnyerr #DrSyarilAmboiAmboi

BBM3410/18 Video One Shot One Layer

Assalamualaikum dan hai semuanya..   Haaaa.. Awan dah belajar taknik-taknik mengambil gambar dari segi teori dan amali.. Lepas ni, siapa yang nak bernikah tu tapi tak de jurugambar, bolehlah panggil Awan.. Cehh.. Baru belajar sikit dah sombong.. hahah.. Yakin jee.... hahahah.. Tapi, cuba-cuba la komen kalau masih nakkan khidmat Awan..   Sepanjang kelas dengan Prof Dr N minggu ni kan, Prof ajar taknik merakam video pula. Tapi sayangnya, minggu ni Awan tak de kat Malaysia.. Awan ada kat Indonesia.. Tapi, Awan selalu lah juga berhubung dengan kawan-kawan rapat dan belajar dengan dorang.. Bak kata orang-orang tua, "Jarak tak menghalang kita untuk menuntut ilmu". Okay, taknik video One Shot One Layer ni sebenarnya taknik rakaman yang agak mudah dan ringkas. Konsep yang diguna pakai semasa merakam video ni perlulah melakukan satu jenis perbuatan je.. Misalnya, Kalau nak menyanyi, maka video yang dirakam perlulah fokus kepada nyanyian je..   Tapikan, bila nak rakam vide

BBM3410/18 Sesat Menyesatkan

Assalamualaikum dan hai semua..  Pada hari ini, Awan dapat hidayah untuk kongsi pengalaman Awan sesat di bumi Semananjung ni.. Awan ni bukan setakat ganteng je, tapi selalu suka cuba benda-benda baru..  Nak ringkaskan cerita, ada satu hari tu Awan keluar jalan-jalan di Putrajaya seorang diri naik moto.. Haaaa.. Memang Awan tak tau jalan kat semenanjung ni, jadi Awan gunalah Pak Cik GOOGLE MAP..  Memang seronok lah, dapat jalan-jalan kat tempat tumpuan dunia ni.. Tapi bila nak cari jalan keluar, Awan sesat sebab Google Map tu bagi jalan salah.. hhahaha.. Pusing punya pusing, Awan  lagi pening.. Sampaikan nak kemalangan.. Nasib baik semua ok je.. Sempat elak guys... Lepas tu, sebab dah terlampau geram Awan matikan Fon dan cuba cari jalan pulang sendiri.. Awan cuba ikutpapan tanda je.. Alhamdulillah semua ok.. hahahah..  Sekian dan terima kasih kerana membaca.. #GoogleMapMenyesatkan

BBM3410/18 Bola Atau Penampar

Image
      Assalamualaikum dan hai semua..     Kali ni Awan nak share hobi Awan.. Awan sebenarnya suka main bola tampar. Awan sebenarnya atlit bola tampar UPM.. Tapi masa Awan tahun 1 dan 2 je lah.. Bila makin tua ni, makin banyak komitmen pula.. Ringkasnya, Awan korbankan komitmen sebagai atlit dan main bola tampar untuk layan hobi je..     Tapi, main pun bukan main biasa-biasa.. Ada peluang terhidang memang Awan Spike Kaw-kaw.. hahahahha.. Siapa yang tak hadang memang tadah muka la jawabnya.. Nak pendekkan cerita, sukan ni memang KEKASIH Awan selain kesayangan Awan la.. hahah Sekian dan terima kasih kerana membaca.. #SiapaNakRasaBoleTadahMuka #SelaluKenaTamparDenganTugasaProfDrN

BBM3410/18 Ada Cerita Dalam Foto

Assalamualaikum dan hai semuanya..   Awan nak kongsi tentang apa yang awan belajar dengan Prof Dr N hari ni. Hari ni, kami belajar tentang Penceritaan dalam Gambar.. Awan baru tau yang Gambar pun boleh bercerita.. hahah.. Selain belajar semu benda ni, Prof Dr N juga telah beri tugasan kepada kami untuk ambil 10 keping gambar berdasarkan simpulan bahasa. Fuhhhhh... Memang hebat permainan Prof ni kan, pandai betul kaitkan subjek Multimedia ni dengan Bahasa.   Dengan hati yang penuh REDHO, kami pun akur dengan tugasan ni.. Ringkasnya, kami semua mesti teliti dengan setiap gambar yang kami ambil. Mesti pandai berlakon mengikut simpulan bahasa yang telah kami pilih.. Apa lagi, Awan pun keluarkanlah bakat berlakon Awan.. Haaaaaaa..... Ingat Awan Biase-biase je ke... Bagi lah apa macam simpulan bahasa sekali pun.. Semua tu DUNIA.... hahahhahahahahahhahah.. Dah ambik gambar kena buat slide dan upload kat YOUTUBE pula.. Macam-macam lah Prof ni..Ni kalau subjek ni tak dapat A juga tak t

BBM3410/18 Terjebak Dengan Binatang Berbulu

Image
Assalamualaikum dan hai semuanya..   Kali ni Awan ada perkongsian lagi. Biasalah, Awan kan dah cukup tua. Banyak sangat dah pengalaman yang dilalui dalam dunia yang penuh drama dan liku-liku ni.. Awan saja bagi tajuk yang agak Cathcy sikit. BINATANG?? haaahaha.. Binatang yang Awan Maksudkan tu kucing peliharaan keluarga Awan yang tersangatlah banyak. Sebanarnya Awan takde lah suka sangat dengan binatang-binatang berbulu ni. Awan jijik!! hahahah.. Tu pada mulanya lah.. Sekarang ni, Awan dah jadi pencinta binatang berbulu. Awan pantang tengok bulu-bulu ni. Mesti Awan terkam.. hahah   Keluarga Awan pelihara banyak kucing. Sekarang ni dah ada 12 ekor kucing yang kami pelihara. Bukan kucing biase-biase tau. Kucing Parsi guys. Awan nak ceritalah macam mana boleh banyak sampai macam tu. Ni semua bermula dengan Sis Ann Gendut iaitu kakak cubby Awan. Dia pelihara satu kucing Parsi ni. Nama dia KHUN KHEW.. hahaha.. Ala-ala nama Siam kan.. Si Khun Khew ni agak MIANG sikit tau.. kejap

BBM3410/18 Magang is Intern

Image
      Assalamualaikum dan hai semuanya.. Apa itu magang sebenarnya?? haaa.. Mesti korang tertanya-tanya kan.. Sebenarnya kan, magang tu merupakan Intern ataupun latihan praktikal untuk semua mahasiswa sebelum bergraduasi. Cuti sem yang lepas, Awan dan kawan-kawan yang lain telahpun bermagang. Ringkasnya, cuti sem kami semua tak lah seseronok macam yang lain. Haaa.. Awan nak kongsi pengalaman bermagang di Pejabat Daerah Kota Belud Sabah..       Selesai je tempoh percubaan selama dua minggu Awan telah dipindahkan ke kaunter Unit Perlesenan. Di sini, Awan telah banyak menimba ilmu dan pengalaman. Suka dan duka malahan ada pahit dan manisnya. Tapi kali ni, Awan tak nak lah kongsi yang pahit-pahit tu semua. Nak kongsi yang manis je..     Nak dijadikan cerita, disebabkan Awan  ditugaskan di bahagian kaunter perkhidmatan perlesenan, maka Awan berpeluanglah berjumpa dengan pelbagai jenis masyarakat. Ada sekali tu kan, datanglah seorang Mak Cik dalam lingkungan

BBM3410/18 Kesayangan Awan

Image
Assalamualaikum dan hai semuanya.. Pada hari ini Awan nak koangsi sikit rahsia dengan anda semua pembaca setia blog Awan ni.. Cehh.. haha.. Sebenarnyakan, Selain keluarga tersayang, Awan ada seorang lagi kesayangan ni. Haaaa.. Awan dah ada Awek. Kepada yang tak faham lagi awek tu apa, awek dalam bahasa Jerman tu Girlfriend. Kepada pembaca-pembaca setia blog Awan. Wakakaka.. Melepaslah Korang. Mesti ramai yang tertanya-tanya kan kenapa nak heboh-heboh pasal kesayangan semua ni. korang relaks la. Awan nak kongsi kebaikan ada awek ni.   Sebelum tu, Selain dia ni manis awek Awan ni ada banyak ciri yang buatkan Awan suka dengan dia. Nak bagtau jugalah yang test Awan ni tinggi juga tau. Dia seorang yang baik, memahami, pendiam dan dia serang pelatih SUKSIS juga tau. Ok-ok, Awan tau yang korang dah mula menyampah kan.. haha   Awan nak kongsi pasal kebaikan ada teman istimewa ni. Korang semua akan dapat belajar untuk pandai membahagikan masa. Bila ada awek ni Awan kenalah pandai ba

BBM3410/18 Kebahagiaan Sementara

Assalamualaiku dan hai semuanyaa...   Yahoooo!!! Hari ni Awan sangat-sangat bahagia. Nak tau tak kenapa?? Dengar cerita Prof batalkan kelas hari ni. Prof ke Temasek.. Huuuu Temasek You Alls.. Awan percaya yang rakan-rakan sekelas pun rasa benda yang sama, tapi acah-acah sedih. Nak bodek Prof la tu..   Namun ku sangkakan panas hingga ke petang, tapi hujan di tengah hari guys.. Prof ke Temasek sambil tinggalkan bekalan kepada kami semua. Prof tugaskan kami untuk menjawab soalan di Putrablast. Kalau semua nak tahu, Putrablast ni merupakan sistem yang UPM gunakan sebagai medium pembelajaran di internet. Nak pendekkan cerita kami diminta membaca buku Boom berkaitan dengan penggunaan media sosial dan jawab semua soalan yang berkaitan dengan bab tersebut. Baru nak berangan-angan nak bangun lewat sikit. Aduh Prof ni!!!   Pada mulanya, Awan agak kalut juga la. Apa tak kalutnya kalau buku Boom tu ditulis dalam bahasa Inggeris. Awan dah la lemah sikit bab-bab spiking ni. Kepada Prof