Posts

Showing posts from October, 2018

BBM3410/18 Bentang Kelas Dr. Noraz Laksa

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera..  pada kali ini, Awan nak kongsi pasal pengalaman Awan Ganteng membentang kelas Dr. Norazlina iaitu Keterampilan Berbahasa.. Haaa.. Untuk tugasan kali ini, Dr. sebenarnya nak tegok terampil ke tak terampil Awan Ganteng ni bila berbahasa.  Saya dan ahli-ahli kumpulan yang lain telah memilih tajuk Disleksia dan Masalahnya.. Fuhh!! tegok dari tajuk je pun dah gempak kan? Namun sayang seribu kali sayamg, kami nak bentang pasal disleksia, kami pula yang jadi model disleksia dekat depan masa bentang.. hahaha.. Tau tak kenapa?? sebabnya ada yang terketar-ketar, ada yang terkebil-kebil ada juga yang sedih macam kematian suami.. hahahah.. Tapi secara keseluruhannya, kumpulan kami dapat markah yang agak baik juga.. Terima kasih Dr..... Sekian dan terima kasih kerana membaca..

BBM3410/18 Passport mana Passport??

Image
Cakk!!   Assalamualaikum dan hai semuanya.. Kali ini Awan Ganteng nak kongsi pengalaman Awan Ganteng sepanjang minggu ni. Pada 20 bulan Oktober nanti, saya bersama pelatih-pelatih Kor SUKSIS UPM yang lain akan menyertai program moboliti pelajar ke Medan Indonesia .  Wahhh!! Kalau nak dibayangkan indahnya detik-detik yang akan kami alami, memang seronok gilerr.. Tapikan, baru-baru ni tular pula di media sosial pasal kejadian gempa bumi dan Tsunami di Indonesia.. Seram sejuklah kami semua jawabnya. namun nak tak nak kena pegi jugak sebab tiket dah beli.. hahahahah..  Awan nak bagitau juga yang saya tak buat Passport lagi.. haha.. Mau ke negara orang tapi permitnya kok enggak ada sih.. hahahha..Member pula yang serabut suruh saya buat passport, Awan duduk relaks jerr.. `haaaa.. yeee esok buatlaahh.. Bial buat tu pula satu hal, kena tunggu beberapa hari lagi sebab permohonan orang-orang Sabah kena hantar ke Sabah untuk kelulusan.. Tapi semua syukur dah selesai.. Sekian dan

BBM3410/18 Flatlay

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. pada kali ini Awan Ganteng nak kongsi psal pembelajaran kelas Multimedia Dalam Bahasa bersama Prof Dr. N (Prof tercantik di FBMK). Pada kuliah minggu yang kelima, kami telahpun belajar tentang satu lagi teknik menangkap gambar iaitu teknik Flatlay. Flatlay sebenarnya terbahagi kepada beberapa bahagian lagi iaitu, Halfflatlay, Quarterflatlay, dan Zeroflatlay. Semua teknik ini dapat dibezakan dengan cara memegang kamera semasa menangkap gambar. Berikut adalah cara membezakan teknik Flatlay mengikut kedudukan (darjah) kamera; 1.Flatlay            : 90 darjah 2. Halfflatlay     : 45 darjah 3.Quarterflatlay : 22.5 darjah 4.Zeroflatlay      : 0 darjah Selain itu, kami juga telah didedahkan dengan amali. kami telah ditugaskan untuk menangkap 20 jenis gambar bagi setiap teknik dengan item yang berbeza. bukan itu sahaja, kami juga telah ditugaskan untuk menguplode gambar tersebut dalam Instagram untuk dikongsi kepada dunia.. haha.. Nampak serabut ka

BBM3410/18 Cabaran dan Tanggungjawab

Rentetan cerita dalam post  sebelum ini, sebenarnya saya telah diberi kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Presiden Kor Suksis UPM ringkasnya saya merupakan nakhoda Kor Suksis bagi memastikan segala permasalahan yang dialami oleh pelatih-pelatih yang lain dapat diselesaikan. Selain itu, saya juga perlu untuk memastikan segala perancangan program yang telah dibuat akan dilaksanakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Sebagai pelajar tahun akhir, kami telah diberi tugasan untuk menyiapkan Projek Ilmiah Akhir Tahun (PITA) dan saya perlu pandai membahagikan masa.

BBM3410/18: Hidup Seorang Pelajar Akhir Tahun

Pada kali ini, saya suka untuk berkongsi dengan anda semua tentang kesulitan yang saya alami. Untuk makluman semua, Saya merupakan pelajar tahun akhir dan inshaAllah bakal bergraduat pada tahun hadapan. Alangkah bahagianya apabila membayangkan saat-saat manis mennggenggam segulung ijazah. Namun, bak kata pepatah bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Kesusahan yang saya alami pada masa ini seakan-akan berada pada tahap klimaks sebuah cerita. Kesusahan yang saya alami ini juga sebenarnya disebabkan cabaran dan tanggungjawab yang berani  saya pegang. Apakah cabaran yang dan tanggungjawab tersebut? Nantikan.. Sekian dan terima kasih kerana membaca..

BBM3410/18: Media Sosial

Pada minggu keempat, saya dan rakan sekelas yang lain telah diberi tugasan dalam Putrablast yang menghendaki pelajar untuk menjawab dua soalan. Soalan tersebut adalah berkaitan dengan topik media sosial. Antara soalan yang telah Profesor kemukakan ialah berkaitan dengan persepsi terhadap media sosial. Saya telah menjawab soalan tersebut dengan menyatakan kesan kemajuan Teknologi Maklumat dari sudut positif dan negatif. Manakala, soalan yang kedua menghendaki saya untuk memilih salah satu contoh media sosial dan menyatakan kegunaannya terhadap pembelajaran di universiti. Sehubungan dengan itu, saya telah memilih Facebook sebagai contoh media sosial dan mengemukakan sejarah penubuhannya dan menyatakan kegunaannya kepada peyebaran ilmu di unversiti. Selain itu, kami juga telah diberikan tugasan khusus untuk menambah pengikut dalam blog. Malah, kami juga diarahkan untuk menghantar/ post cerita terbaru sekurang-kurangnya tiga cerita dalam masa seminggu. Sekian dan terima kasih kerana me