BBM3410/18: Media Sosial

Pada minggu keempat, saya dan rakan sekelas yang lain telah diberi tugasan dalam Putrablast yang menghendaki pelajar untuk menjawab dua soalan. Soalan tersebut adalah berkaitan dengan topik media sosial. Antara soalan yang telah Profesor kemukakan ialah berkaitan dengan persepsi terhadap media sosial. Saya telah menjawab soalan tersebut dengan menyatakan kesan kemajuan Teknologi Maklumat dari sudut positif dan negatif. Manakala, soalan yang kedua menghendaki saya untuk memilih salah satu contoh media sosial dan menyatakan kegunaannya terhadap pembelajaran di universiti. Sehubungan dengan itu, saya telah memilih Facebook sebagai contoh media sosial dan mengemukakan sejarah penubuhannya dan menyatakan kegunaannya kepada peyebaran ilmu di unversiti. Selain itu, kami juga telah diberikan tugasan khusus untuk menambah pengikut dalam blog. Malah, kami juga diarahkan untuk menghantar/post cerita terbaru sekurang-kurangnya tiga cerita dalam masa seminggu.

Sekian dan terima kasih kerana membaca..

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18 Bola Atau Penampar

BBM3410/18 Terjebak Dengan Binatang Berbulu