BBM3410/18 Secebis Nota (Asas Grafik)
Assalamualaikum dan hai semua..
Pada hari ini Awan nak kongsi satu ilmu dalam bidang multimedia ni. Ilmu ni berkaitan dengan Asas Grafik. Berdiri sesebuah rumah adalah kerana tiangnya, tegak pokok kerana akarnya.. begitulah juga dengan multimedia, asas grafik yang menjadi asasnya..
Mudah
- Senang untuk kita tengok atau sesuatu yang boleh di ukur.
- contohnya kita melihat gambar sebuah buku di atas meja.
Keseimbangan
- Gambar yang diambil perlu sama keluasanya antara kiri dan kanan , serta atas dan bawah. supaya gambar itu tidak berada dalam kedudukan yang sepatutnya.
- Contohnya kedudukan pasu bunga di atas meja. pasu itu perlu berada di tengah-tengah titik fokus sebelum gambar diambil.
Kesesuaian
- Setiap imej yang terhasil perlu bersesuaian dengan tempat dan konsepnya supaya gambar yang diambil akan kelihatan lebih harmoni.
- contohnya sekiranya kita model telekung solat amat la tidak sesuai jika kita jadikan tempat-tempat hiburan sebagai gambar latar belakangnya. sepatutnya kita ambil kawasan-kawasan yang lebih bersesuaian.
Teks
- Seterusnya, penggunaan teks. penggunaan teks seharusnya dipilih secara bijak agar setiap maklumat yang hendak disampaikan boleh difahami oleh pembaca.
- contohnya jika majlis rasmi elakkan daripada menggunakan tulisan yang terlalu berangkai sehingga menyukarkaan pembaca untuk menyampaikan maklumat.
- Mungkin tulisan-tulisan seperti Times New Roman lebih sesuai.
Warna
- penggunaan warna juga memainkan oeranan yang penting untuk menarik minat orang ramai. kekuatan warna dalam asas grafik boleh membuatkan sesuatu itu lebih menarik.
- Contohnya, gambar iklan makanan.
- Untuk menarik pembeli untuk mendapatkanya, penggunaan warna sangat penting kebiasaan warna seperti jingga dan merahdapat menarik perhatian pelanggan.
Comments
Post a Comment