BBM3410/18 Magang is Intern

 
 
 
Assalamualaikum dan hai semuanya..
Apa itu magang sebenarnya?? haaa.. Mesti korang tertanya-tanya kan.. Sebenarnya kan, magang tu merupakan Intern ataupun latihan praktikal untuk semua mahasiswa sebelum bergraduasi. Cuti sem yang lepas, Awan dan kawan-kawan yang lain telahpun bermagang. Ringkasnya, cuti sem kami semua tak lah seseronok macam yang lain. Haaa.. Awan nak kongsi pengalaman bermagang di Pejabat Daerah Kota Belud Sabah..

 
 
 
Selesai je tempoh percubaan selama dua minggu Awan telah dipindahkan ke kaunter Unit Perlesenan. Di sini, Awan telah banyak menimba ilmu dan pengalaman. Suka dan duka malahan ada pahit dan manisnya. Tapi kali ni, Awan tak nak lah kongsi yang pahit-pahit tu semua. Nak kongsi yang manis je..
 



 
Nak dijadikan cerita, disebabkan Awan  ditugaskan di bahagian kaunter perkhidmatan perlesenan, maka Awan berpeluanglah berjumpa dengan pelbagai jenis masyarakat. Ada sekali tu kan, datanglah seorang Mak Cik dalam lingkungan awal 50-an. Dia nak buat lesen perniagaan katanya. Lalu Awan layanlah dengan penuh budi bahasa. Dia pun bagi lah borang pendaftaran dan dokumen-dokumen yang lain dan saya semaklah. Semak punya semak, Awan tergelak dan cuba sembunyikan daripada Mak Cik tu. Awan gelak sebab baca nama syarikat perniagaan Mak Cik ni iaitu PIKACHU ENTERPRISE. Tapi Mak Cik tu perasan Awan gelak dan dia tanya kenapa Awan gelak. Awan pun jawab yang nama syarikatnya sangat comel.. hahahahha PIKACHU guys PIKACHU.. Tapi dalam hati tu, "carilah nama yang lain mak cik". "banyak lagi kut nama yang boleh dijadikan nama syarikat, ProfDN Enterprise ke, Redho Enterprise ke, Chalo Enterprise ke".. Kan lagi comel nama tu.
 
 
 
Lepas tu kan, disebabkan semua dokumen Mak Cik tu dah lengkap, Awan suruhlah dia ke bahagian percukaian untuk bayar cukai tapak perniagaan. Tidak lama lepas tu, dia datang balik. Dengan muka yang serius dia pun cakap yang dia nak tukar nama syarikatnya. Awan hairanlah dan tanya kenapa. "Semua orang ketawa bila baca nama syarikat saya" katanya. Rupa-rupanya, rakan magang Awan di bahagian percukaian tu pun gelakkan dia. jadi dengan rasa bersalah, Awan pun layankanlah kehendak Mak Cik tu.. hahahahahahh
 
 
 
Sekian dan terima kasih kerana membaca..
#PikachuEnterprise
#RedhoEnterprise
#ProfDNEnterprise





Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18 Buat Kelendar Menggunakan Photoshop

BBM3410/18 Sukan Interskuad