BBM3410/18 Kebahagiaan Sementara

Assalamualaiku dan hai semuanyaa...
 
Yahoooo!!!
Hari ni Awan sangat-sangat bahagia. Nak tau tak kenapa?? Dengar cerita Prof batalkan kelas hari ni. Prof ke Temasek.. Huuuu Temasek You Alls.. Awan percaya yang rakan-rakan sekelas pun rasa benda yang sama, tapi acah-acah sedih. Nak bodek Prof la tu..
 
Namun ku sangkakan panas hingga ke petang, tapi hujan di tengah hari guys.. Prof ke Temasek sambil tinggalkan bekalan kepada kami semua. Prof tugaskan kami untuk menjawab soalan di Putrablast. Kalau semua nak tahu, Putrablast ni merupakan sistem yang UPM gunakan sebagai medium pembelajaran di internet. Nak pendekkan cerita kami diminta membaca buku Boom berkaitan dengan penggunaan media sosial dan jawab semua soalan yang berkaitan dengan bab tersebut. Baru nak berangan-angan nak bangun lewat sikit. Aduh Prof ni!!!
 
Pada mulanya, Awan agak kalut juga la. Apa tak kalutnya kalau buku Boom tu ditulis dalam bahasa Inggeris. Awan dah la lemah sikit bab-bab spiking ni. Kepada Prof, lepas ni tulislah buku dalam bahasa lain pula. Bahasa Jerman ke....... hahahha. Berbalik kepada cerita tadi, atas bantuan Pak Cik Google Translate, dapatlah Awan terjemahkan semua isi-isi penting dalam bab ni dan jawab soalan tu.. Alah.. Kacang je semua ni..
 
Sekian daripada Awan..
Terima kasih kerana sudi membaca..

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18 Buat Kelendar Menggunakan Photoshop

BBM3410/18 Sukan Interskuad