BBM3410/18 Cuti Derita

 
 
 
Assalamualaikum dan hai semuanya..
Kali ni Awan nak tukar mood korang semua tau. Awan ada perkhabaran sedih nak kongsi ni. Pada hari pertama cuti midsem hari tu kan. Sepatutnya Awan akan masuk hutan untuk sertai Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) di Hutan Semenyih. Tapi, pada waktu subuh hari tu, Pak Cik Awan Call, ingat dia saja kejutkan Awan untuk solat subuh ke apa. Rupa-rupanya, Dia bawa khabar yang nenek Kesayangan Awan telah pergi jauh. Perginya pula memang takkan kembali. Awan terkejut sampai tak terkata apa-apa. Awan sedih, sedih sampai keluarkan air mata..
Lepas tu, Awan cuba tegok tiket online nak balik Sabah. Semua dah tutup.. Kalau nak beli tiket emergency, kenalah beli di kaunter mana-mana syarikat penerbangan. Tanpa buang masa, Awan bersiap dan cuba tempah Grab Car. Alhamdulillah dapat. Awan teruslah bergegas ke KLIA 2. Sepanjang perjalanan Awan nangis. Tapi sembunyi-sembunyi lah. Tak nak lah buat Pak Cik Grab tu hairan. Sampai je dekat Klia 2 Awan terus ke kaunter dan syukur sebab Awan dapat tiket pukul 8.40 am.

 
Sepanjang tempoh penerbangan tu, Awan tutup muka dan nangis tak henti-henti. Nak control macho sebenarnya. Bila kapal terbang mendarat je, Awan terus berlari keluar. Drama sangat kan. Sepupu Awan yang datang Ambil Awan di lapangan terbang. Awan suruh dia pandu laju sebab takut tak sempat jumpa arwah nenek. Alhamdlillah, Awan sempat cium nenek. Itu pun nenek dah dalam kubur tinggal nak ditimbus je. Rezeki Awan lah kan..
Mesti korang hairankan, kenapa Awan begitu sedih dengan pemergian nenek Awan. Nenek je kut.  Mak dan ayah masih ada. Nak bagitaulah, Awan dengan nenek sangat rapat. Dia yang jaga Awan. Awan sangat sayangkan Arwah.........................
 
 
Sekian dan terima kasih kerana membaca..
#JumpaNenekDiPintuSyurga 
 

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18 Buat Kelendar Menggunakan Photoshop

BBM3410/18 Sukan Interskuad