BBM3410/18 Seksa Maha Dasyat

Assalamualaikum dan hai semuanya..
Pada kesempatan kali ini, Awan nak kongsi pengalaman Awan semasa menghadiri Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) di Hutan Semenyih. Kem kali ni memang sangat dasyat ujiannya. Memang sakit seksanya. Emosi, Mental dan fizikal memang kena kental. dah lah Awan baru kehilangan Arwah Nenek tersayang... Walaupun Awan berada di Sabah masa hari pertama kem ni, Awan terpaksa terbang kembali ke Semenanjung untuk hadiri kem ni. Kem ni kem wajib, kalau tak datang, Awan tak boleh tauliah. Ringkasnya, Rm 700 lebih jugalah duit Awan terbang untuk beli tiket kapal terbang ni.
 
 
 
 Nak jadikan cerita, pada hari pertama Awan lapor diri, Awan dah dilantik sebagai ketua Skuad Kem. Sebabnya, ketua kena bergilir-gilir. Bila jadi ketua ni, kita mesti pandai memimpin, semua kesalahan masa kem tu ketua yang akan tanggung dulu. Pada pukul 1 pagi, Awan dikejutkan untuk datang ke teratak PUAKA jurulatih. Masuk je dalam teratak tu, Awan diarahkan untukn nyayi lagu Enjit-enjit semut versi DANGDUT.. perhhhhh.... Awan manalah pandai bab-bab nyanyi ni guys. Tapi, disebabkan arahan, Awan akur.. Awan nyanyilah.. Tapi lepas je nyanyi tu Awan kena suruh PUMPING 30 kali sebab Jurulatih tu tak puas hati.. Memang menguji kesabaran betul....
 
 
 
Itu baru sedikit. Sekarang Awan nak cerita seksaan yang lainnya. Dua hari sebelum kem tamat, kami telah diuji dengan satu aktiviti akhir kem ni iaitu IKHTIAR HIDUP. Kami ditinggalkan di dalam hutan dan dibekalkan dengan kompas, peta danmakanan mentah untuk dimasak nanti. Bila dah sampai Check point terakhir kami ditinggalkan pula untuk bermalam dalam hutan. Apa yang paling ngeri, tepat pukul 9 pm hujan turun dengan lebatnya. Kami semua kena bertahan sampai arahan baru dikeluarkan.. perhhhhhh... sejuk.. penat.. lapar.. semua ada.. Syukur pada pkul 11 pm arahan baru dikeluarkan supaya kami semua keluar dari hutan.. 6 orang pelatih SUKSIS tewas pada malam tu.......

 
 
 
Sekian dan terima kasih kerana membaca..
#NakJadiPolisJiwaKenaKentalBro






Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18 Buat Kelendar Menggunakan Photoshop

BBM3410/18 Sukan Interskuad