BBM3410/18 Video One Shot One Layer

Assalamualaikum dan hai semuanya..
 
Haaaa.. Awan dah belajar taknik-taknik mengambil gambar dari segi teori dan amali.. Lepas ni, siapa yang nak bernikah tu tapi tak de jurugambar, bolehlah panggil Awan.. Cehh.. Baru belajar sikit dah sombong.. hahah.. Yakin jee.... hahahah.. Tapi, cuba-cuba la komen kalau masih nakkan khidmat Awan..
 
Sepanjang kelas dengan Prof Dr N minggu ni kan, Prof ajar taknik merakam video pula. Tapi sayangnya, minggu ni Awan tak de kat Malaysia.. Awan ada kat Indonesia.. Tapi, Awan selalu lah juga berhubung dengan kawan-kawan rapat dan belajar dengan dorang.. Bak kata orang-orang tua, "Jarak tak menghalang kita untuk menuntut ilmu". Okay, taknik video One Shot One Layer ni sebenarnya taknik rakaman yang agak mudah dan ringkas. Konsep yang diguna pakai semasa merakam video ni perlulah melakukan satu jenis perbuatan je.. Misalnya, Kalau nak menyanyi, maka video yang dirakam perlulah fokus kepada nyanyian je..
 
Tapikan, bila nak rakam video tu, janganlah terlampau skema.. Mestilah kreatif juga.. Biar video yang kita rakam tu ada umssss dan menarik.. Sambil-sambil tu, bolehlah miming acah-acah jadi penyanyi dan menari la sikit-sikit.. Tak nak lah keras je macam pokok iklan yang ada kat UPM ni.. hahaahha.. Macam biasalah, kami pelajar-pelajar bertuah ni ditugaskanlah untuk rakam video I Shot 1 Layer.. dan perlu dibentangkan lepas cuti nanti.. haaaaa... mesti seronok....
 
Sekian dan terima kasih kerana membaca..
 
 
#TakSabarNakMenariWalaupunHakikatnyaKayu

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18 Buat Kelendar Menggunakan Photoshop

BBM3410/18 Sukan Interskuad