Assalamualaikum dan hai semuanya.. Pada kesempatan kali ini, Awan nak kongsi pengalaman Awan semasa menghadiri Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) di Hutan Semenyih. Kem kali ni memang sangat dasyat ujiannya. Memang sakit seksanya. Emosi, Mental dan fizikal memang kena kental. dah lah Awan baru kehilangan Arwah Nenek tersayang... Walaupun Awan berada di Sabah masa hari pertama kem ni, Awan terpaksa terbang kembali ke Semenanjung untuk hadiri kem ni. Kem ni kem wajib, kalau tak datang, Awan tak boleh tauliah. Ringkasnya, Rm 700 lebih jugalah duit Awan terbang untuk beli tiket kapal terbang ni. Nak jadikan cerita, pada hari pertama Awan lapor diri, Awan dah dilantik sebagai ketua Skuad Kem. Sebabnya, ketua kena bergilir-gilir. Bila jadi ketua ni, kita mesti pandai memimpin, semua kesalahan masa kem tu ketua yang akan tanggung dulu. Pada pukul 1 pagi, Awan dikejutkan untuk datang ke teratak PUAKA jurulatih. Masuk je dalam teratak tu, Awan diarahkan un...